SUKAN DAN PERPADUAN

 

MAKSUD PERPADUAN



        Perpaduan merupakan sebuah penyatuan hubungan yang erat atau bersifat toleransi yang telah lama diwujudkan secara sengaja dalam kalangan masyarakat atau kumpulan.Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat di negara ini untuk membentuk satu identiti yang jelas dan nilai bersama serta perasaan cinta akan negara.Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang dapat hidup dengan aman dan harmoni.Antara kaum yang terdapat di Malaysia adalah Melayu,Cina,India Kadazandusun dan Iban.Perpaduan ini tidak mampu tercapai jika terdapatnya segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman di kalangan kaum di negara kita ini.

 MENURUT IBN KHALDUN 


        Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk  nasionalisma moden, menyerupai sistem komunalisma. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.


        Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.





PENGENALAN SUKAN




  Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.




FUNGSI SUKAN DAN PERPADUAN


  • Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia,kaum mahupun bangsa.
  • Dapat mengeratkan silaturahim dan tali perpaduan antara masyarakat tanpa mengira batas bangsa.
  • Memupuk nilai-nilai murni yang utuh sesama masyarakat.
  • Dapat meningkatkan taraf sukan negara kita dan sekaligus mampu bersaing di mata dunia.
  • Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar sukan.





KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN UNTUK NEGARA

        Sukan adalah cara yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan pelbagai kaum di setiap negara.Selain itu, sukan turut dapat menerapkan sikap nilai murni dalam diri setiap individu,dimana masyarakat akan belajar berinteraksi dan berkomunikasi secara meluas antara pelbagai kaum.Oleh kerana itu, mereka dapat mengenali antara satu sama lain malahan turut dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam diri masing-masing.Seperti yang disedia maklum bahawa masyarakat perlulah melakukan aktiviti sukan walau apa jua sukan sekalipun.Pentingnya bersukan adalah kerana sukan dapat membentuk jati diri dan membina sahsiah diri serta memperbaiki keseimbangan emosi seseorang. Masyarakat boleh melakukan apa jua aktiviti sukan sama ada sukan indoor atau outdoor seperti bola sepak,futsal,badminton dan bukan sahaja permainan tradisional.Tujuan utama kita adakan sukan adalah untuk memantapkan perpaduan pelbagai kaum disamping dapat memupuk amalan hidup sihat dan untuk jadikan Malaysia sebagai negara yang bersukan.Oleh itu ,untuk membuktikan bahawa sukan dapat memupuk perpaduan ialah dengan melihat perwatakan anak-anak muda atau orang dewasa yang mana mereka saling menyokong dan bersorak bersama-sama sekiranya pertandingan sukan diadakan seperti pertandingan bola sepak yang dimainkan di stadium.Sukan menjadi penjana dalam mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara.Keamanan negara juga dapat dicapai sekiranya setiap negara menitikberatkan fungsi sebenar sukan dalam membentuk hubungan global yang baik.Jadi jelaslah bahawa sukan adalah aktiviti yang penting bagi setiap individu.




CONTOH SUKAN & ATLET


Datuk Nicol Ann David                Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia . Beliau adalah antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun. Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-turut.

        Beliau telah mendapat kesemua kejayaan dalam karier beliau , termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas , Datuk Nicol akan terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada .




Datuk Lee Chong Wei
        Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan di persada dunia.
        Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan itu badminton tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi.


                         

Ziyad Zolkefli

        Ziyad Zolkefli mencipta sejarah sukan negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau bukan sahaja berjaya menyumbang pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20, malah sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia dengan catatan 16.84 meter berbanding rekod dunia sejauh 16.29 meter yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia pada Sukan Paralimpik London 2012 .  Kehidupan sebagai peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa gigih tanpa kenal erti lelah demi mencapai impian menjadi atlet Paralimpik bertaraf dunia . Melampaui batas fizikal, beliau telah berjaya memperoleh kemenangan yang membanggakan serta mengharumkan nama negara di temasya sukan antarabangsa 




KESIMPULAN

           Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.


RUJUKAN